Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tentera Iraq berjaya merampas kawalan ke atas sebuah pangkalan udara penting di bandar Kirkuk berserta beberapa lokasi strategik yang lain dalam rangka meneruskan kemaraan mereka ke barat wilayah yang dipertikaikan di antara Baghdad dengan pasukan Peshmerga Kurdis.
Wasta Rasul, pemerintah pasukan Peshmerga Kurdis yang beroperasi selatan wilayah Kirkuk mengesahkan perkara di atas dengan berkata; "Peshmerga gagal mempertahankan diri mereka di Kirkuk dan berundur dari pangkalan udara K1."
Rasul menambah dengan mengatakan bahawa pertempuran di pangkalan udara itu mengakibatkan tujuh orang anggota Peshmerga terbunuh dan 17 yang lain hilang.
Antara kawasan yang berjaya dirampas semula adalah pangkalan udara K1, stesyen North Gas Company, loji pemprosesan berdekatan, loji tenaga dan sebuah daerah perindustrian, lapor kenyataan tentera Iraq.
Tentera Iraq kini meneruskan kemaraaan mereka, tambah kenyataan itu yang dilaporkan oleh Reuters.
Menurut para pegawai Kurdis dan Iraq, setiap pihak sibuk membedil kedudukan pihak lain di selatan bandar tersebut.
Beberapa klip video dan imej yang menunjukkan bagaimana pasukan Peshmerga berundur dari medan tempur juga telah tersebar di media-media sosial.
Insiden terkini ini berlaku selepas ketegangan di antara Baghdad dan Kerajaan Wilayah Kurdis (KRG) meningkat akibat daripada tindakan KRG yanng menganjurkan referendum pemisahan wilayah separa autonomi Kurdis daripada Iraq.
Referendum itu dianjurkan di sebalik bantahan Baghdad, Iran, Turki, Syria dan A.S sendiri. -ABNA24
/315
17 Oktober 2017 - 04:39
News ID: 860802
Tentera Iraq berjaya merampas kawalan ke atas sebuah pangkalan udara penting di bandar Kirkuk berserta beberapa lokasi strategik yang lain dalam rangka meneruskan kemaraan mereka ke barat wilayah yang dipertikaikan di antara Baghdad dengan pasukan Peshmerga Kurdis.